Khamis, 12 September 2019

KESAN TIDAK MENJAGA ETIKA BERJIRAN


Pelbagai perkara sering berlaku didalam kerukunan jiran tetangga. Masih ramai yang menonjolkan sikap dan sifat yang baik dalam pergaulan seharian yang melibatkan jiran, namun masih terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak tahu menghormati jiran tetangga. Ini menyebabkan keruntuhan keharmonian dalam institusi kejiranan.


ANTARA KESAN APABILA TIDAK MENJAGA ETIKA BERJIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT: 

1) Tidak mendapat ketenangan hidup 

Apabila kita tidak beradab dengan jiran, kita tidak akan mendapat ketenangan hidup apabila seringkali diselubungi rasa bersalah dan sering mewujudkan perkara-perkara negatif di dalam minda hingga akhirnya wujud pula masalah hati yang tidak tenang. 

2) Terpinggir daripada masyarakat

Masyarakat tidak akan bergaul dengan jiran yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati hati dan perasaan jiran tetangga. Selain itu, apabila tiadanya adab, maka kita akan mengganggu ruang peribadi kejiranan kita. 

3) Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga


Perkara ini dilihat cenderung berlaku apabila diantara jiran, tiada komunikasi yang baik malahan lebih membimbangkan apabila berlakunya fitnah dikalangan masyarakat setempat yang melibatkan jiran tetangga. Adakalanya, permusuhan itu tidak wujud dengan sendirinya tetapi berpunca dari perselisihan faham yang tidak cuba dirungkaikan dengan pihak yang sepatutnya.

4) Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam kalangan masyarakat 



Jiran yang tidak beradab akan lebih menjejaskan perpaduan dikalangan masyarakat. Hal ini lebih mudah dilihat apabila tiadanya kerukukan diantara jiran tetangga dan lebih buruk lagi apabila permusuhan dikalangan masyarakat berpunca dari ketiadaan adab dari jiran tetangga yang berlainan agama. Perkara yang melibatkan agama lebih mudah dibangkitkan menjadi permusuhan dikalangan jiran tetangga.

5) Sukar mendapat pertolongan ketika kesusahan



Jiran yang tidak beradab akan sukar mendapat pertolongan apabila ditimpa kesusahan. Ini kerana, apabila kita tidak beradab, jiran-jiran tidak akan mendekati dan tidak akan mengambil tahu hal ehwal kita. Permasalahan ini berpunca dari sikap diri sendiri yang tidak tahu menjaga adab baik melalui perbuatan mahupun tutur kata.

Sering kali hasil daripada perkongsian atau perbincangan masalah itu akan menemukan jalan penyelesaiannya. Amalan kejiranan yang baik pastinya akan menjadikan masyarakat bersatu dan hidup harmoni.

Kesimpulannya, kejiranan adalah unsur penting dalam membina masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Memiliki jiran yang baik akan membawa kepada kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat.

Rabu, 11 September 2019

JIRAN BAIK, NEGARA AMAN

Sebut sahaja perkataan jiran, perkara pertama yang muncul dalam fikiran kita ialah individu yang menetap bersebelahan rumah.

Ajaran Islam sangat mementingkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.
Semua ini boleh dicapai melalui konsep kejiranan yang baik.

Dalam kehidupan berjiran umat Islam digalakkan menghubungkan silaturahim, mengeratkan hubungan persaudaraan, menyatukan keluarga dan mengeratkan persahabatan dengan jiran tetangga

Dalam konteks megara kita Malaysia, sebagai negara yang berbilang kaum,  bangsa, agama, budaya dan adat resam amalan hidup berbaik baik antara satu sama lain amatlah dituntut dalam usaha mewujudkan suasana yang aman dah harmoni 

Berikut adalah artikal usaha usaha dan bukti bahawa negara Malaysia mamou hidup dalam aman dan harmoni 🇲🇾

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/570879/pm-jemaah-menteri-anjur-rumah-terbuka/amp

Artikah di atas berkenaan

Perdana Menteri menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri dan menjemput orang ramai untuk menghadirinya. Hal ini membuktikan kita dapat meraikan sesuatu perayaan itu bersama sama tanpa membezakan warna kulit dan agama asalkan tidak berlanggaran dengan syarak Islam.


Ahad, 4 Ogos 2019

Hikmah berjiran

Video hak kejiranan oleh Habib Ali zaenal Abidin Al Hamid:

Ajaran islam sendiri sangat memntingkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.Semua ini boleh dicapai melalui konsep kejiranan yang baik.Dalam kehidupan berjiran umat Islam digalakkan menghubungkan silaturahim,menyatukan keluarga,mengeratkan hubungan persaudaraan dan mengeratkan persahabatan dengan jiran tertangga.

Pada masa kini atau dahulu kala,dari peringkat sekolah lagi usaha memupuk perpanduan hidup berjiran ini dijalankan .Melalui pelbagai kegiatan di sekolah khususnya kokurikulum murid-murid dapat bergaul dan berinteraksi dengan kawan-kawan mereka yang daripada pelbagai kaum, berbeza bangsa  dan agama.

Berkaitan dengan hal ini,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :" Di antara kebahagian seorang muslim adalah mempunyai tetangga yang soleh ,rumah yang luas dan kenderaan yang meriangkan".(Riwayat Ahmad dan Al-Hakim).

Video daripada Prof Muhaya #kenaljiran:https://www.youtube.com/watch?v=4c7LzysVDmQ

Begitu banyak hikmah hidup berjiran .Antaranya ialah:

1. Keamanan dan keharmonian dapat dikekalkan.

2. Mewujudkan suasan yang harmoni.

Video bagaimana untuk meraikan perayaan orang bukan islam Dr Maza :https://www.youtube.com/watch?v=jWCpAzhtpic


3. Melahirkan masyarkat yang penyayang.



4.Mudah mendapat pertolongan apabila berada dalam kesusahan.

5.Masyarakat hidup bersatu padu dan saling membantu antara satu sama lain.



6. Gejala sosial dapat ditangani dengan lebih ofisen.

7. Mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT.

8. Negara akan maju dan menjadi tumpuan pelancongan.



VIdeo pelancong datang ke malaysia.:https://www.youtube.com/watch?v=OpCRszK2YyM

Etika Berjiran


Setiap individu dalam masyarakat mempunyai impian untuk hidup aman damai dan selesa,untuk mencapai keadaan sebegini sesorang itu perlu mempunyai jiran yang baik.Untuk membentuk masyrakat yang sejahtera dan hidup berlandaskan Syariat Islam , dalam hal ini akhlak jiran kita memainkan  peranan yang besar untuk menjayakannya.Oleh itu,masyarkat di negara ini yang beragama islam terutamanya hendaklah menunujukkan cara hidup yang baik dan khusunya hidup berjiran kerana jiran adalah asas kepada perpaduan negara.

Hakikatnya,sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bnagsa,agama,keturunan, budaya dan adat resam amatlah dituntut untuk berbuat baik antara satu sama lain dalam usaha mewujudkan suasana aman sejahtera  dan harmoni selalu.

 Hadith Nabi Rasulullah Shallallahu'alaiwassalam daripada Abu Syuraih al-Khuza'i radhiallahu'anhu, sabda Baginda Nabi S.A.W. : "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berbuat baik terhadap jirannya".
Hadits Riwayat Muslim. (ruj. Kitab 40 Hadits Akhlah Mulia m.s 36).

Maka jelaslah kehidupan bermasyarakat bersama jiran tertangga yang baik akan memberikan  kedamaian dan ketenangan dalam kehidupan kita.Dengan semangat kejiranan yang erat,hubungan kekeluargaan dan silaturahim sesama jiran dapat diperkukuhkan lagi.

Tambahan pula,dalam hidup nermasyarkat sesungguhnya kita tidak dapat mengelakkan diri daripada hidup bantu-membantu dalam menjalani kehidupan seharian kita mesti memerlukan bantuan daripada orang lain yang sekeliling kita.Dan dengan kerjasama melalui semangat kejiranan dan perpaduan seperti ini hendaklah sentiasa dikekalkan.

Selain itu,apabila kita mengalami kesusahan dan kesakitan.Sebagai contoh ,orang akan menzirahi kita jika kita sakit dan begitu juga orang akan membantu  kita jika kita ditimpa kemalangan.Islam mengajak umatnya bersatu padu dalam membuat hal-hal kebaikan termasuklah mengukuhkan semangat kejiranan.

Dalam Syariat Islam mengaris etika atau adab berjiran.Antaranya ialah :



  1.  Saling nasihat menasihati  perkara yang baik sesama jiran tak kira agama dan bangsa.
  2. Menjaga kepentingan bersama dalam masyarakat berjiran dan tidak mementingkan diri.
  3.  Saling menziarahi mengikut masa yang sesuai dengan tujuan dan niat yang baik.
  4.  Saling menolong sesama jiran dalam  pekara yang baik 'amar ma'arof nahi mungkar'.
  5.  Mengajak atau turut bersama-sama dalam menghadiri ilmu agama bagi yang islam dan untuk yang berlainan agama berbincang untuk mengadakan aktiviti merapat silaturahim.



video kepentingan berjiran adaptasi dari video boboiBoy :VIDEO JIRAN TERBAIK


Faktor Semangat Kejiranan Kian Pupus

       

Pada era globalisasi ini, hubungan sesama jiran semakin renggang "bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing". Kita dapat melihat hubungan kejiranan dalam masyarakat semakin kurang dititikberatkan. Ini disebabkan oleh sikap jiran itu sendiri yang menjadi punca utama. Masyarakat sekarang hanya mengambil berat tentang hal diri masing-masing tanpa mempedulikan tentang hubungan sesama jiran tetangga bahkan tidak mengenali jiran mereka. Oleh itu, semangat kejiranan merupakan aspek penting dalam kehidupan bermasyarakat. Malah, Islam turut menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dengan masyarakat sekeliling. Hubungan erat antara masyarakat dapat melahirkan ciri masyarakat berkualiti. Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita iaitu 40 buah rumah sama ada di tepi, depan atau di belakang rumah kita.


        Terdapat pelbagai faktor semangat kejiranan kian pupus di kalangan masyarakat, antaranya budaya kunjung–mengunjungi dan mengenali jiran tetangga khususnya di musim perayaan semakin kurang diamalkan. Ini disebabkan oleh mereka tidak berminat untuk berjumpa atau menziarahi jiran tetangga. Melalui amalan ziarah-menziarahi ini, ia dapat memberi ruang kepada masyarakat untuk menjalinkan hubungan dengan lebih erat  dan mesra walaupun mereka menyambut perayaan yang berbeza tetapi mereka lebih gemar untuk menghabiskn masa di rumah. Tanpa disedari, tanggungjawab sesama jiran  tetangga diabaikan sepenuhnya. Kebanyakan masyarakat lebih memelih untuk mengurung anak-anak di dalam rumah kerana tidak suka dengan jiran mereka. Amalan kunjung-mengunjungi bukan sahaja khusus untuk perayaan, malah sesuai untuk kita menziarahi mereka ketika sedang sakit. Tidak kiralah sama ada mereka muslim atau bukan muslim. 


             Selain itu, perubahan gaya hidup masyarakat zaman kini yang berkerah tenaga untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga masing-masing juga antara faktor semangat kejiranan kian pupus. Hal ini demikian kerana, kos sara hidup yang kian tinggi serta arus pemodenan yang berkembang telah memaksa masyarakat untuk bekerja keras sepanjang hari. Oleh itu, mereka tidak mempunyai peluang untuk berjumpa dan bertegur sapa dengan jiran tetangga kerana kesuntukan masa dan keletihan setelah bekerja. Corak pekerjaan zaman dulu dan kini jauh berbeza. Sebagai contohnya, pekerjaan pada zaman dahulu lebih mementingkan nilai bekerjasama di antara satu sama lain tetapi pada masa kini, bekerja sendiri yang tidak menekankan amalan bekerjasama. Oleh itu, perubahan gaya hidup masyarakat sekarang jelas menjadi punca semangat kejiranan kian luntur.


         Sehubungan dengan itu, semangat kejiranan kian pupus juga berpunca daripada kemajuan bidang teknologi masa kini bak kata pepatah, "seperti cendawan tumbuh selepas hujan". Pada zaman kini, perkembangan bidang teknologi bertambah maju dan pesat. Sebagai contohnya, masyarakat kini terlalu asyik menggunakan kemudahan media elektronik seperti telefon bimbit, komputer, dan televisyen sehingga mereka lalai dan tidak menghiraukan orang sekeliling. Budaya sebegini menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi antara jiran tetangga semakin pudar. Pada masa yang sama, mereka tidak sedar bahawa mereka telah mengabaikan kepentingan semangat kejiranan. Oleh itu, kemajuan bidang teknologi pada masa kini menjadi faktor semangat kejiranan kian pupus.


Kesimpulannya, masyarakat perlulah saling berganding bahu "bagai aur dengan tebing" bagi mengatasi masalah ini untuk menjamin kesejahteraan dan kemajuaan negara. Negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, oleh itu telah menjadi suatu kewajipan kepada diri setiap masyarakat untuk saling bekerjasama bagi memastikan perpaduan negara terus terjamin. 






Sabtu, 3 Ogos 2019

Pengenalan

PENGENALAN KONSEP KEJIRANAN


بسم الله الرحمن الرحيم

Hasil carian imej untuk konsep kejiranan dalam islam



Konsep Kejiranan

Hubungan yang utuh sesama anggota masyarakat ialah salah satu ciri ciri masyarakat yang berkualiti, yakni  sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya mewujudkan persekitaran yang aman dan juga harmoni sesama mereka  malah menjadi aset penting buat sesebuah Negara.

Setelah menyedari hakikat ini,Islam awal awal lagi menekankan  betapa pentingnya menjalinkan hubungan yang erat dalam kalangan masyarakatnya.Begitu indahnya Islam,SubhanAllah! Namun, suruhan ini bukan terhad untuk sesama Islam sahaja, malahan  pelbagai agama,bangsa,warna kulit ,bahasa dan keturunan juga disuruh supaya menjalinkan hubungan baik sesama manusia lebih lebih lagi jiran tetangga.Hubungan baik sesama jiran tetangga sangat dititikberatkan dalam Islam kerana ia merupakan salah satu cara hidup Islam sejak dulu lagi.

Dalam usaha mengekalkan keharmonian dalam hidup berjiran, hubungan yang baik dan mesra sesama jiran tetangga tanpa mengira agama dan bangsa memainkan peranan yang sangat penting sekali. Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa menghormati dan menimbulkan perasaan ihsan apabila berinteraksi sesama jiran. Islam banyak menggariskan panduan agar umatnya sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran.


Definisi

Berdasarkan syarak, jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap sudut.

Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan. Ini menunjukkan bahawa Islam menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan agama Islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia.

Menetapkan lingkungan jiran dan had jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut keadaan tertentu dan suasana. Bahkan menurut Al-Alusi dalam Kitabnya Ruhul Ma’ani Fi tafsiril Qur’an Al-Azim Wa Sab’ul Masani bahawa penetapan jiran ini dan lingkunganya secara zahir kembali kepada uruf (adat setempat). Ini pendapat yang agak tepat kerana dalam kaedah syarak menyebutkan setiap yang datang dari perintah syarak ialah mutlak dan sekiranya tidak ada penerangan jelas dari kaedah melaksanakannya juga tidak dapat dijelaskan dari pemahaman zahir bahasa maka dikembalikan kepada adat kebiasaan dalam melaksanakannya.

Dalil Al-Quran

Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan dalam firman Allah SWT bermaksud :

 ''Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak anak   yatim, orang orang miskin, jiran tetangga yang dekat,jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki''.
                                                                                                                                   (An-Nisa:36)
                                                                                                            
Berdasarkan huraian ayat diatas, yang dikatakan jiran ialah :

a)Orang yang tinggal serumah dengan kita.
b)Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita.
c)Orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah rumah dari rumah kita dari segenap penjuru.
d)Orang yan tinggal senegeri dengan kita.


Hadith-hadith yang menceritakan akan kepentingan berlaku baik kepada jiran :

  • Daripada Abi Syuraih RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.” [Riwayat Muslim (77)]


  • Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالْجَارِ، حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ

Maksudnya: “Jibril sentiasa berwasiat kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran itu akan mewarisi hartaku.” [Riwayat al-Bukhari (6015)]


Imam al-Nawawi menukilkan kata-kata daripada al-Qadhi ‘Iyadh bahawa makna hadith ini adalah sesiapa yang beriltizam dengan syariat Islam maka wajib ke atasnya untuk memuliakan atau berlaku baik kepada jiran dan tetamunya. Semua ini menunjukkan akan kepentingan hak berjiran serta galakan memeliharanya. Ini kerana, Allah SWT telah berpesan atau mewasiatkan agar berlaku baik kepada mereka melalui firman-Nya di dalam al-Quran dan juga hadith Nabi SAW. [Lihat: al-Minhaj ‘ala Syarh Sahih Muslim, 18/2]


Sebuah kisah yang berlaku di zaman Rasulullah SAW apabila seorang lelaki datang kepadanya dan mengadu akan perihal jirannya yang suka menyakitinya:

  • Daripada Abu Hurairah RA berkata:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَشْكُو جَارَهُ، فَقَالَ: اذْهَبْ فَاصْبِرْ. فَأَتَاهُ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا، فَقَالَ: اذْهَبْ فَاطْرَحْ مَتَاعَكَ فِي الطَّرِيقِ. فَطَرَحَ مَتَاعَهُ فِي الطَّرِيقِ، فَجَعَلَ النَّاسُ يَسْأَلُونَهُ فَيُخْبِرُهُمْ خَبَرَهُ، فَجَعَلَ النَّاسُ يَلْعَنُونَهُ: فَعَلَ اللَّهُ بِهِ، وَفَعَلَ، وَفَعَلَ، فَجَاءَ إِلَيْهِ جَارُهُ فَقَالَ لَهُ: ارْجِعْ لَا تَرَى مِنِّي شَيْئًا تَكْرَهُهُ

Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW mengadu perihal jirannya. Maka Nabi SAW bersabda: “Pergilah serta bersabarlah.” Setelah itu, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah SAW sebanyak dua atau tiga kali. Lalu Nabi SAW bersabda: “Pergilah dan campakkanlah barang-barang di rumah kamu ke jalan.” Lelaki tersebut kemudiannya mencampakkan barang-barang rumahnya ke jalan hingga menyebabkan orang-orang bertanya kepadanya. Lalu lelaki tersebut menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya yang menyebabkan manusia (yang mendengar cerita tersebut) melaknat jiran tersebut dengan mengatakan: “Allah akan membalas perbuatannya (mendoakan keburukan), Allah akan balas dan Allah akan balas.” Selepas itu, lelaki tersebut didatangi oleh jiran tersebut dan jiran itu berkata: “Pulanglah kamu, kami tidak akan melihat (mendapati) sesuatu yang kamu benci itu lagi.” [Riwayat Abu Daud (5153)][Sanadnya adalah baik menurut Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]

Hadith ini menceritakan akan petunjuk Nabi SAW kepada lelaki ini apabila sentiasa disakiti oleh jirannya. Akan tetapi, berkemungkinan perbuatan atau cara tersebut biasa dilakukan oleh bangsa Arab pada zaman itu tetapi ia tidak lagi sesuai untuk dilakukan pada zaman ini. Tambahan pula, Imam Ibn Ruslan ketika mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa di dalam hadith ini menunjukkan kelebihan bersabar dengan perihal jiran walaupun perkara tersebut berulang-ulang kali berlaku, di samping berusaha untuk mencegahnya mengikut kemampuan yang ada. Selain itu, hadith ini juga menunjukkan keharusan berdoa kepada orang yang menyakiti orang lain secara kuat (terang-terangan) sebagai pengajaran kepada orang tersebut serta meninggalkan perbuatan tersebut. [Lihat: Syarah Abi Daud, 440/19]


 Hukuman Bagi Orang Yang Menyakiti Jirannya

Terdapat hadith yang menceritakan akan akibat dan balasan yang akan diterima bagi orang yang suka menyakiti jirannya:

Daripada Abu Hurairah RA berkata:

قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ فُلَانَةَ يُذْكَرُ مِنْ كَثْرَةِ صَلَاتِهَا، وَصِيَامِهَا، وَصَدَقَتِهَا، غَيْرَ أَنَّهَا تُؤْذِي جِيرَانَهَا بِلِسَانِهَا، قَالَ: هِيَ فِي النَّارِ

Maksudnya: Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.” [Riwayat Ahmad (9675)][Sanadnya adalah hasan berdasarkan penilaian daripada Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]

Berdasarkan hadis ini, orang yang suka menyakiti jirannya sama ada dengan perbuatannya atau lisannya (ucapannya) maka orang seperti ini akan dicampakkan ke dalam api neraka di akhirat kelak walaupun dia merupakan seorang yang banyak melakukan ibadah.


Kesimpulannya, kita dituntut untuk berlaku baik kepada jiran kerana tuntutan tersebut datang daripada al-Quran dan juga hadith Nabi SAW. Selain itu juga, Allah SWT menyediakan hukuman yang berat kepada orang-orang suka menyakiti jirannya. Tambahan pula, Islam mengajar umatnya agar sentiasa bersabar dalam setiap perkara yang menimpa serta berusaha untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa berlaku baik kepada jiran serta memasukkan kita ke dalam syurga di akhirat nanti. Amin.







Cover Beserta Isi Kandungan


DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

                           TAJUK : KONSEP KEJIRANAN

                                        KUMPULAN NUR

NAMA
NO MATRIK
NUR MASTURI BT MARZUKI
01DKA17F1010
HALIMATUL SUWAIBAH BT CHE HASAN
01DKA17F1140
NURUL ZULAIKHA BT KAMAROLZAMAN
 01DKA17F1114
AMIRAH BT ROSKANG
 01DKA17F1115
SITI AMINAH BT MAT JUSOH
01DKA17F1022

NAMA PENSYARAH : ENCIK AMIR FARIZ BIN CHE MAN








                          

                               ISI KANDUNGAN



  1.  Pengenalan

  2. Kepentingan Berjiran

  3. Etika Berjiran

  4. Hikmah Berjiran

  5. Faktor Semangat Kejiranan Kian Pupus

  6. Kesan Tidak Menjaga Etika Berjiran

  7. Penutup


Rabu, 31 Julai 2019

Kepentingan Berjiran

Kepentingan berjiran


Kepentingan berjiran amat penting dan dititikberatkan dalam agama Islam.

Oleh itu, Islam ada menggariskan beberapa panduan yang perlu dipatuhi  di dalam kehidupan berjiran



Antaranya -
1. Komunikasi -

Aspek komunikasi sesama jiran . Hal ini kerana,  setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang,  ia akan menggambarkan apa yang ada di dalam kotak fikirannya serta perangainya. 

Adab bersosial mengikut perspektif Islam amat menekankan fungsi lidah kerana lidah akan menghasilkan komunikasi yang berkesan.

Dengan itu, semangat kejiranan dapat dipupuk apabila ahli masyarakat saling hormat menghormati dengan menjaga adab berkomunikasi.

2. Memuliakan jiran -

Antara memuliakan jiran ialah sentiasa menghormati jiran dan sentiasa berbaik sangka sesama jiran.

Selain itu, pentingnya sikat hormat menghormati dan berbuat baik terhadap jiran tetangga kerana jiran juga mempunyai hak terhadap kita yang menjadi jirannya. 

Jiran yang baik tidak akan mendiamkan diri malah akan menegur secara baik dan bertoleransi.

Jiran tetangga merupakan satu golongan yang mendapat perhatian yang penting didalam setiap institusi masyarakat.

Dengan adab yang baik yang ditonjolkan didalam setiap ahli masyarakat di dalam kawasan kejiranan adalah asas kepada keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat. 

Selasa, 30 Julai 2019

KUMPULAN NUR : KONSEP KEJIRANAN


DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

                           TAJUK : KONSEP KEJIRANAN

                                        KUMPULAN NUR

NAMA
NO MATRIK
NUR MASTURI BT MARZUKI
01DKA17F1010
HALIMATUL SUWAIBAH BT CHE HASAN
01DKA17F1140
NURUL ZULAIKHA BT KAMAROLZAMAN
 01DKA17F1114
AMIRAH BT ROSKANG
 01DKA17F1115
SITI AMINAH BT MAT JUSOH
01DKA17F1022

NAMA PENSYARAH : ENCIK AMIR FARIZ BIN CHE MAN








                          

                               ISI KANDUNGAN



  1.  Pengenalan

  2. Kepentingan Berjiran

  3. Etika Berjiran

  4. Hikmah Berjiran

  5. Faktor Semangat Kejiranan Kian Pupus

  6. Kesan Tidak Menjaga Etika Berjiran

  7. Penutup



                             


KESAN TIDAK MENJAGA ETIKA BERJIRAN

Pelbagai perkara sering berlaku didalam kerukunan jiran tetangga. Masih ramai yang menonjolkan sikap dan sifat yang baik dalam pergaulan...