ANTARA KESAN APABILA TIDAK MENJAGA ETIKA BERJIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1) Tidak mendapat ketenangan hidup
Apabila kita tidak beradab dengan jiran, kita tidak akan mendapat ketenangan hidup apabila seringkali diselubungi rasa bersalah dan sering mewujudkan perkara-perkara negatif di dalam minda hingga akhirnya wujud pula masalah hati yang tidak tenang.
2) Terpinggir daripada masyarakat
Masyarakat tidak akan bergaul dengan jiran yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati hati dan perasaan jiran tetangga. Selain itu, apabila tiadanya adab, maka kita akan mengganggu ruang peribadi kejiranan kita.
3) Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga
Perkara ini dilihat cenderung berlaku apabila diantara jiran, tiada komunikasi yang baik malahan lebih membimbangkan apabila berlakunya fitnah dikalangan masyarakat setempat yang melibatkan jiran tetangga. Adakalanya, permusuhan itu tidak wujud dengan sendirinya tetapi berpunca dari perselisihan faham yang tidak cuba dirungkaikan dengan pihak yang sepatutnya.
4) Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam kalangan masyarakat
Jiran yang tidak beradab akan lebih menjejaskan perpaduan dikalangan masyarakat. Hal ini lebih mudah dilihat apabila tiadanya kerukukan diantara jiran tetangga dan lebih buruk lagi apabila permusuhan dikalangan masyarakat berpunca dari ketiadaan adab dari jiran tetangga yang berlainan agama. Perkara yang melibatkan agama lebih mudah dibangkitkan menjadi permusuhan dikalangan jiran tetangga.
5) Sukar mendapat pertolongan ketika kesusahan
Jiran yang tidak beradab akan sukar mendapat pertolongan apabila ditimpa kesusahan. Ini kerana, apabila kita tidak beradab, jiran-jiran tidak akan mendekati dan tidak akan mengambil tahu hal ehwal kita. Permasalahan ini berpunca dari sikap diri sendiri yang tidak tahu menjaga adab baik melalui perbuatan mahupun tutur kata.
Sering kali hasil daripada perkongsian atau perbincangan masalah itu akan menemukan jalan penyelesaiannya. Amalan kejiranan yang baik pastinya akan menjadikan masyarakat bersatu dan hidup harmoni.
Kesimpulannya, kejiranan adalah unsur penting dalam membina masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Memiliki jiran yang baik akan membawa kepada kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan